:: Seri Najwa ::

Friday, 27 April 2012

Mengapa Remaja Kini Seakan Hilang Pedoman?


Aku tahu, tak semua manusia sempurna. Bak kata orang, Nobody's Perfect. *Yelah tuu. Itu orang yang kata. Apa pula pandangan Allah? Pernahkah manusia terfikir? 

Sebaik-2 manusia yang berada di sisi Allah adalah hamba yang sering mengingatiNya, dan mendekatkan diri kepadaNya. Bukan semakin menjauhkanNya dari sisi kita. 

Okay, aku just nak cerita. Sebelum tu, aku juga ada satu soalan yang agak cepumas jugak nih. :D Mengapa manusia zaman sekarang ni, seakan dah hilang pedoman dan tamadun dari diri mereka? Soalan ni sering berlegar-2 dalam fikiran aku nihNamun tidak terjawab sampai ke la ni. Haha. Speaking kelantan sikit :D

Alright, jom teruskan cerita. Aku kadang-2 sedih, kadang-2 rasa nak menangis bila tengok kawan-2 sebaya mula menjebakkan diri ke arah yang tak elok. Buat maksiat zina sana sini. Berpeluk-peluk kan. Ya Allah, apa lah nak jadi dunia sekarang ni. 

Salah satu artikel yang membuat
aku tersentap seketika ...

Tapi kadang-2 aku nak tergelak jugak tengok dorang ni. Hehehehhehe. Nak tahu kenapa? Sebab dorang ni kan, macam orang tak tahu malu. Ada otak taknak pakai. Otak letak kat lutut. Heheheh, lawak en? Weh, come on lah kawan. Kau ada otak Tuhan bagi taknak guna sebaik-2 nya. 

Bila Tuhan dah tarik balik nikmat kau dapat berfikir secara waras tu baru kau tahu rasa nya macamana. Time tu kau nak menyesal air mata darah sekalipun takde guna lah weh. Think rationally. Nanti bila kau dah takde mak bapak baru kau tahu erti penyesalan. Sementara dorang tengah ada ni kau buat lah amal bakti pada dorang sebagai seorang anak. Beri mereka kebahagiaan melihat korang meraih kejayaan. Ini tidak. Korang menconteng arang ke muka dorang lagi adalah.Anak jenis apa kau ni weh? 

Penat-2 mak ayah kau bela dari kecik, kau pergi jatuhkan maruah dorang dengan perangai kau yang tak senonoh tu. Please lah wahai kawan-2 remaja ku, aku mohon pada korang. Jangan buat perkara yang mengaibkan diri sendiri. Jangan buat perkara yang menjatuhkan air muka ibu bapa korang. Aku mohon sangat-2. Kita sebagai remaja ni merupakan pemangkin negara pada masa akan datang, bukan nya perosak bangsa. :)

Coretan hati, dari gadis yang bakal
menghadapi SPM 2012 ...


Suka Entry saya? Kalau suka Like lah :)